PETALING JAYA: Harga bahan api bagi petrol RON95 dan RON97 kekal tidak berubah pada Ogos.
Bagaimanapun, harga diesel akan dinaikkan sebanyak 10 sen.
Diesel berharga dari RM1.60 seliter kepada RM1.70 seliter.
Harga RON97 adalah RM2.10 seliter manakala RON95 pada RM1.75 seliter.
Harga bahan api itu disahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron, Datuk Alang Zari Ishak ketika dihubungi The Star.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memutuskan untuk menetapkan harga petrol dan diesel berdasarkan menerusi sistem apungan terurus sejak 1 Disember 2014 berikutan pemansuhan subsidi bahan api.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: