HUNAN - CHINA. Seorang lelaki Belanda dimasukkan ke hospital di China akibat terlalu kecewa menunggu kekasih yang tidak muncul di lapangan terbang sejak 10 hari lalu.
Memetik laporan Shanghaiist.com, Alexander Pieter Cirk, 41, sanggup mengambil penerbangan ke negara itu daripada Holland untuk bertemu dengan kekasih hati yang dikenali menerusi laman sosial.
Cirk dikatakan sengaja berbuat demikian untuk memberikan kejutan kepada kekasihnya yang hanya dikenali sebagai Zhang.
Malangnya, sebaik sahaja tiba di lapangan terbang, dia tidak dapat menghubungi wanita itu dan terpaksa menunggu selama 10 hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha Huanghua.
Cirk berkata, sebaik sahaja tiba di lapangan terbang, bayang Zhang tidak kelihatan di mana-mana.
Cirk membuat keputusan mendirikan khemah di lapangan terbang itu dengan harapan Zhang akan dapat mengesan kedudukannya, bagaimanapun Zhang tidak muncul di hari seterusnya.
Dia akhirnya dimasukkan ke hospital akibat terlalu letih dan mengalami depressi.
Dalam pada itu, sebaik sahaja berita mengenai Cirk muncul di televisyen, Zhang menghubungi stesen televisyen tempatan untuk menjelaskan keadaan sebenar.
Menurut Zhang, dia tidak dapat memahami maklumat penerbangan yang dihantar oleh Cirk kepadanya sekali gus menyebabkan dia tidak muncul menyambut Cirk di lapangan terbang.
Zhang berkata, dia kemudiannya ke luar daerah untuk menjalani pembedahan kosmetik dan tidak dapat menghubungi Cirk sepanjang masa dia berada di luar kawasan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: