GERIK - Pelajar sijil servis kenderaan ringan Kolej Komuniti Gerik berjaya menghasilkan kerusi unik daripada tayar kereta terpakai.
Pengarahnya, Yusop Paal menyifatkan penglibatan pensyarah dan pelajar dalam mengaplikasikan budaya kreatif dan inovatif ini perlu dalam usaha meningkatkan daya pemikiran, idea dan kualiti hasil pembelajaran pelajar.
Menurutnya, pelajar bidang kemahiran tidak seharusnya memberikan fokus seratus peratus dalam akademik sahaja kerana idea kreatif mereka tidak dapat dicungkil dan dikembangkan dengan baik.
“Sebenarnya idea pelajar menghasilkan kerusi dengan menggunakan bahan terpakai merupakan satu inisiatif terbaik pensyarah automotif dalam memperkasa dan membudayakan konsep inovasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran,” katanya.
Beliau berkata, idea sebegini secara tidak langsung berjaya menunjukkan pelajar mampu mengaplikasikan pengetahuan yang mereka perolehi di kelas diaplikasikan dalam kehidupan mereka.
“Saya melihat pelajar yang terlibat dengan program dan juga menghasilkan produk kreatif sebegini lebih terbuka dan maju ke hadapan,” katanya.
Dalam pada itu, Zulkifli Sukri, Pensyarah Automotif Kolej Komuniti Gerik berkata, aspek meningkatkan nilai positif dalam kalangan pelajar juga dapat diterapkan melalui penghasilan produk inovasi ini.
“Pensyarah sentiasa bersedia memberikan tunjuk ajar dan sokongan kepada pelajar untuk menghasilkan sesuatu produk dengan kos yang rendah. Ternyata dengan tunjuk ajar semua pensyarah automotif, pelajar berjaya mengaplikasikan pembelajaran mereka dalam mengahsilkan produk yang boleh dikomersialkan”, katanya

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: