Thursday, March 3, 2016

Ditahan miliki kasut tumit tinggi menyerupai senjata




Ditahan miliki kasut tumit tinggi menyerupai senjata

BALTIMORE - AMERIKA SYARIKAT. Di lapangan terbang, keselamatan adalah lebih penting daripada nampak bergaya.

Itu apa yang terjadi kepada seorang wanita selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa  Thurgood Marshall Baltimore-Washington selepas memiliki kasut tumit tinggi berbentuk senjata.

Menurut pegawai, wanita itu ditahan ketika melalui pusat pemeriksaan selepas memiliki sepasang kasut tumit tinggi yang menyerupai senjata dan peluru.

Jurucakap Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) Lisa Farbstein berkata, wanita itu memiliki kasut bertumit seakan-akan pistol serta dihiasi peluru di keliling kasut berkenaan.

Turut dibawa wanita itu di dalam bagasinya ialah gelang yang dihiasi peluru palsu.

Memetik AP, agensi itu melarang penumpang membawa replika senjata atau peluru semasa melalui pusat pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.

Lisa berkata, wanita itu diberitahu dia boleh meletakkan barangan tersebut di dalam bagasi yang didaftar namun dia bagaimanapun meninggalkan kasut serta gelang tersebut kepada TSA kerana terpaksa mengambil penerbangan seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: