Sunday, February 7, 2016

Mesej dalam filem beri kesan: Bakri Ibni




Ola Bola ke Taipei

SEORANG lagi bekas pemain skuad bola sepak kebangsaan, Bakri Ibni, 63, menyifatkan mesej yang disampaikan dalam filem Ola Bola mengenai penyatuan rakyat berbilang bangsa seperti yang dipaparkan, meninggalkan kesan.
"Orang kata bola sepak boleh menyatukan semua kaum dan apa yang mereka sampaikan di dalam filem itu memberi kesan kepada penonton.
"Memang tidak dapat dinafikan, bola sepak berjaya menyatukan semua orang tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.
Katanya, ketika proses pra produksi, dia menjadi antara bekas pemain yang membantu dari segi menyumbang maklumat dan bahan untuk filem berkenaan.
Bagaimanapun kata Bakri, jika ada lagi filem-filem mengenai bola sepak ataupun yang mahu mengangkat sejarah bola sepak ke bentuk filem, dia menyarankan pihak produksi merujuk mereka yang benar-benar pernah terlibat di dalam arena bola sepak.
"Pada pendapat saya kalau kita libatkan orang yang ada pengalaman dalam bola sepak dan pernah terlibat dengan perlawanan atau pun sejarah seperti ini, seeloknya ambil pendapat orang lama.
"Lagi-lagi jika filem yang berkaitan dengan sejarah. Supaya dalam masa sama dapat memberi maklumat yang berguna kepada generasi kini yang mungkin tidak bersama-sama dalam lipatan sejarah yang pernah berlaku," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: