Sunday, February 21, 2016

Emas, bunga ros hadiah untuk pembantu rumah




Emas, bunga ros hadiah untuk pembantu rumah
Al-Balawi mencium pembantu rumahnya semasa majlis perpisahan.
RIYADH - ARAB SAUDI. Sebuah keluarga di Arab Saudi mengadakan majlis perpisahan dengan memberikan emas dan ros untuk pembantu rumahnya yang berasal dari Ethiopia yang telah berkhidmat selama empat tahun, lapor portal Saudi Gazette.
Pembantu rumahnya itu terpaksa kembali ke kampung halaman atas alasan peribadi dan disifatkan sebagai seorang yang setia dan berdedikasi oleh majikannya.
Keluarga itu juga menjemput sanak saudara dan rakan-rakan yang menghargai layanan dan sikap pembantu rumahnya itu.
Majikannya, Um Mufleh Al-Balawi berkata kepada pembantu rumah tersebut, “kamu telah berkhidmat kepada kami sekeluarga dengan keikhlasan dan dedikasi. Kami sangat berharap kamu dapat bersama kami.”
Melalui laporan media, Al-Balawi berkata, pada majlis itu, pembantunya itu dihujani pelbagai hadiah termasuk emas, wang dan bunga ros.
“Ini sebagai tanda penghargaan atas apa yang dia sudah lakukan untuk kami,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: