Sunday, February 7, 2016

Banyak selit pengajaran: Penonton




Ola Bola taruhan terbaru pengarah The Journey

RATA-RATA penonton yang sudah menyaksikan filem Ola Bola di pawagam memberikan respons positif.  Mereka seolah-olah mengerti maksud di sebalik filem itu  yang tidak diterjemahkan secara langsung.
Bagi Mohd Fahmi Mohamed Diah, 29, filem itu begitu menyentuh perasaan.
"Ia membuka mata masyarakat terhadap pengorbanan pemain bola sepak negara suatu ketika dahulu demi membawa nama Malaysia di mata dunia.
"Pemain dan mereka dalam arena bola sepak tempatan di semua peringkat wajar mengambil semangat skuad bola sepak Olimpik Malaysia 1980 untuk membawa nama negara ke tahap yang dihormati berbanding ketika ini," katanya.
Penasihat Unit Amanah Islamik, Rain Hamzah, 38, mengakui Ola Bola banyak menyelitkan elemen pengajaran.
"Saya belajar satu perkara di mana, jangan berputus asa walaupun apa sahaja dugaan yang datang. Apa yang penting kerjasama dalam satu kumpulan atau pasukan," katanya.
Pembantu pengarah, Mohd Muizzuddin, 33, berkata, filem Ola Bola membangkitkan semangat 1Malaysia yang makin pudar di kalangan masyarakat kini.
Bagi pengurus perniagaan, Ummul Syahirah, 25, filem itu menjadi perangsang kepada anak-anak muda untuk lebih terbuka khususnya dalam aspek kemasyarakatan dan perpaduan.
Seorang penonton berbangsa Cina, Kelly Koh, 26, mengakui filem tersebut mengajar penonton erti semangat tolong-menolong antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: