WINDHOEK - NAMIBIA. Detik mendebarkan ketika badak hitam Afrika menyerang sebuah kereta 4x4 di Etosha National Park berjaya dirakam oleh seorang pelancong, Alexandra Poier.
Memetik laporan Daily Mail, Alexandra ketika membuat rakaman itu sedang duduk di dalam kereta berhampiran pada ketika itu.
"Mungkin si badak merasa terancam waktu itu, tanpa semena-mena ia lantas menyerang. Jujur saya cukup takut ketika melihatnya, kerana kejadian yang sama mungkin akan berlaku bila-bila masa sahaja terhadap kenderaan kami," katanya.
Dalam kejadian itu, badak itu beberapa kali cuba menanduk kereta itu, mujur semua penumpang dalam kereta berkenaan selamat.
"Setelah ia pergi, kami lantas beredar dari situ, kejadian berlaku sangat pantas dan serangan datang secara tiba-tiba.
"Ini merupakan satu peristiwa yang jarang berlaku " jelas jurucakap yang memandu kenderaan itu.
Populasi badak hitam yang hidup di Etosha National Park, Namibia berjumlah 8,600 ekor.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: