Yatt Hamzah
PELAKON Yatt Hamzah akhirnya mengakui akan berkahwin dengan seorang juruvideo hujung bulan ini dan menafikan lelaki itu menjadi punca penceraian dengan bekas suaminya.
Yatt yang bercerai dengan bekas suaminya, Abdul Mutalib tujuh bulan lalu akan bernikah pada 27 Februari ini dengan Mohammad Zulfadhli Khiruddin di Shah Alam.
"Saya dan bakal suami sudah lama mengenali, tetapi selama ini sebagai sahabat dan rakan sekerja. Kami cuma rapat selepas saya berpisah dengan bekas suami serta pemergian bapa saya pada 15 November lalu.
"Talib (Abdul Mutalib) pun mengenalinya ketika kami sama-sama menyertai misi kemanusiaan ke Syria, sekitar Februari tahun lalu. Ingin saya tekankan di sini, beliau bukan punca perceraian saya dengan bekas suami," ujar Yatt dipetik BH Online.
Menurut Yatt lagi, dia tidak berasakan tiada masalah untuk berkahwin lagi kerana tempoh edah sudah tamat dan mengaggap perkahwinan adalah satu rahmat dan rezeki daripada tuhan.
Majlis ijab kabul diadakan di Taman Desa Alam, Seksyen U12, Cahaya Alam, Shah Alam
Yatt turut akan mengadakan sambutan hari lahir puteri kesayangannya Suci Hanania Malika yang ke enam tahun selepas majlis berkenaan.
Yatt Hamzah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Mutalib Shukor dan bercerai pada 25 Ogos 2015 selepas Yatt menangguhkan kes perceraian mereka pada 21 Mac dengan alasan mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan baik namun usaha tersebut tidak berjaya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: