Tuesday, February 23, 2016

Bayi 6.3kg selamat dilahirkan



Olivia
Olivia
RIO NEGRO - ARGENTINA. Seorang bayi perempuan mempunyai berat 6.3 kilogram selamat dilahirkan dan dipercayai bayi paling berat di Argentina.
Bayi yang dinamakan sebagai Olivia dilahirkan melalui kaedah pembedahan di Klinik Cipolletti, selatan Argentina, wilayah Rio Negro.
Memetik Mirror.uk, bayi yang berukuran 54 sentimeter panjang turut digelar 'super baby'.
Media tempatan melaporkan Olivia kini diletakkan dibawah pemerhatian namun sihat.
Ibunya, Maria Fernanda Basly turut berada dalam keadaan baik dan berkata apa yang dimahukannya sekarang adalah dapat keluar daripada klinik bersama anaknya.
Menurut Guinness World Book of Records, seorang wanita Kanada, Anna Haining Bates pernah melahirkan seorang bayi yang mempunyai berat 10kg dan mempunyai ukuran 71.12cm.
Bayi berkenaan yang tidak mempunyai nama walaubagaimanpun meninggal dunia 11 jam selepas dilahirkan pada tahun 1987.
Sementara itu, bayi yang berkongsi rekod berat yang sama dilahirkan oleh Carmelina Fedela dari Aversa, Itali pada tahun 1955.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: