Siti Nordiana
PENYANYI cantik, Siti Nordiana atau Nana menafikan beliau memerlukan khidmat pengawal peribadi untuk menjaga keselamatannya.
Menurutnya, setakat ini tiada gangguan diterima yang mencapai tahap merimaskan atau mengancam dirinya.
"Tak adalah (keperluan upah pengawal peribadi). Gangguan setakat ini tiada yang merimaskan saya.
"Jika ada panggilan telefon pun saya akan berikan pada pengurus saya. Saya rasa semuanya OK sebab setiap hari pun saya sibuk.
"Memang tidak ada apa-apalah. Semuanya OK. Saya bersyukur karier saya berjalan lancar," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas majlis sambutan ulang tahun syarikat rakaman, Arteffects International ke-10, di sini, hari ini.
Sejak memenangi Gegar Vaganza 2, nama Nana terus mendapat perhatian.
Terbaharu, Nana akan memulakan penggambaran drama arahan Michael Ang untuk Astro selain menanti single terbaharunya.
Mengulas soal pergerakan seninya yang tidak lagi dinaungi mana-mana label, Nana akui selesa bergerak sendiri selepas terikat di bawah sebuah syarikat rakaman untuk tempoh 16 tahun.
"Kebetulan kontrak Nana dengan FMC Music baru sahaja tamat, jadi, mungkin ini masa untuk bebas sendiri. Saya akan tengok dulu sekiranya ada label yang boleh urus saya dan kami sama-sama rasa OK, saya akan tandatanganlah.
"Tapi setakat ini, saya lagi suka bergerak sendiri. Mana tahu suatu hari nanti saya ada label sendiri," katanya.
Mengulas tentang lagu Putus Terpaksa yang disampaikan pada final Gegar Vaganza 2 menjadi viral dan dipuji banyak pihak termasuk penyanyi asal lagu itu sendiri, Ziana Zain, Nana akui tidak terfikir impak lagu itu akan sedemikian rupa.
"Masa saya pilih Putus Terpaksa, tidak terfikir langsung lagu itu akan menjadi viral atau dapatkan pujian. Fokus saya ketika di pentas adalah nak nyanyi sampai not F itu sebab lagu itu sangat tinggi. Memang saya nak nyanyi dengan baik dan beri semua orang puas hati dan tiada silap.
"Tak sangka pula selepas itu lagu tersebut menjadi viral. Sebenarnya lagu itu memang sangat kuat. Saya pilih sendiri lagu itu dan saya rasa lagu itu memang menguji vokal serta amat sesuai untuk dibawa dalam pertandingan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: