Tuesday, February 23, 2016

Lee Min Ho Derma RM170,000 Untuk Kanak-Kanak Malang




BUKAN sahaja kacak dan berbakat dalam bidang lakonan, pelakon Lee Min Ho ternyata seorang yang dermawan apabila menyumbang sejumlah wang kepada pusat perlindungan kanak-kanak.
Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Holt International Children's Services memberitahu aktor itu menerusi badan amalnya telah menyumbang sebanyak 50 juta Won (RM170,478) untuk kanak-kanak yang memerlukan di seluruh dunia.

Aktor tersebut turut berjanji untuk memberi semangat kepada kanak-kanak yang susah untuk meneruskan kehidupan mereka.

"Kami gembira apabila ada insan yang bermurah hati untuk memberi sumbangan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

"Kami juga berharap ini kesempatan yang baik kepada Lee Min Ho untuk meneruskan aktiviti amalnya kepada dunia," ujar wakil rumah perlindungan itu, Kim Dae Yeol.

Holt International Children Services merupakan rumah perlindungan yang ditubuhkan pada 1955.

Ia memberi perlindungan dan mengambil anak angkat bagi kanak-kanak yang yatim piatu kerana peperangan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: