Roslan, 46, berkata, dia tidak menyangka mendapat tawaran tersebut dan menganggap ia sebagai berkat menjaga ibunya, Mariam Karim, 79, yang mengalami sakit tua sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Saya sebenarnya memang tidak menyangka mendapat tawaran tersebut daripada Datuk Aliff tambahan pula dibayar dengan jumlah yang lumayan.
"Alhamdulillah saya anggap ini sebagai berkat dan rezeki kerana menjaga ibu saya dan doa ibu untuk saya dan telah pun menandantangani kontrak bersama D'Herbs baru-baru ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.
Dalam pada itu, Roslan berkata, biarpun bakal sibuk dengan peranan baharunya sebagai duta D'Herbs, dia akan tetap menjalankan tanggungjawab menjaga ibunya di Singapura seperti mana dilakukan sebelum ini.
Jelasnya, rutin pulang ke Singapura pada setiap minggu tidak akan diabaikan selain tugas berkenaan turut dibantu oleh kakaknya.
"Apa yang saya ada sekarang adalah kerana ibu saya. Ini adalah masa untuk saya membalas segala jasanya membesarkan saya selama ini.
"Biarpun terpaksa berulang-alik tetapi tidak mengapa kerana paling penting saya puas dapat menguruskan sendiri keperluan ibu selain turut dibantu oleh kakak saya.
Tambah Roslan, dia berharap perkongsiannya mengenai pelantikannya sebagai duta D'Herbs tidak disalah anggap sebaliknya ingin memberi motivasi kepada golongan belia agar tidak melupakan ibu bapa selagi mereka masih hidup.
"Saya bukan ingin berlagak tetapi ini sebagai satu motivasi kepada anak muda diluar sana bahawa selagi kita tidak mengabaikan ibu bapa dan berbakti kepada mereka, Insya-Allah rezeki kita terbentang luas.
"Apa yang saya kongsi ini diharap dapat memberi inspirasi kepada mereka agar tidak lupakan orang tua dan berbakti kepada mereka kerana berkatnya sangat besar," ujarnya.
Sementara itu, bercakap lebih lanjut mengenai pelantikannya sebagai duta ptoduk itu, Roslan berkata, Aliff turut mendapatkan tajaan sebuah kereta Ferrari untuknya sebagai kegunaan pada program jelajah itu nanti namun dia menolak kerana lebih selesa menggunakan kenderaan sendiri.
"Program jelajah ini termasuk di Sabah dan Sarawak bermula 12 Mac hingga Disember depan sekaligus saya turut ditugaskan sebagai pengacara dan menyanyi pada acara berkenaan.
"Malah ia akan turut disertai oleh duta D'Herbs iaitu Amelina selain Datuk Aliff sendiri.
"Datuk Aliff ada menawarkan tajaan kereta Ferarri tetapi saya tolak secara baik kerana selain lebih selesa menaiki kenderaan sendiri saya sebenarnya tidak mahu menjadi perhatian orang," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: