Ketika sedang menjalani proses tersebut wanita berusia 30 tahun itu memutuskan untuk mengandungkan bayi perempuan.
"Saya yang membuat keputusan untuk mengandungkan anak perempuan, malah saya juga memilih embrionya. Saya rasa John akan menjadi ayah yang baik untuk seorang anak perempuan," katanya seperti dipetik People.
Pendedahan itu mendapat kritikan masyarakat yang tidak bersetuju dengan keputusan Chrissy kerana sengaja menentukan jantina bayinya.
Salah satu akaun lifeinbooks05 berkata: Sungguh menyedihkan apabila seseorang ibu-bapa memilih jantina anak yang mereka inginkan."
Namun, Cherissy membalas komen tersebut bahawa perkara tersebut adalah permintaan doktor yang mahukan dia membuat pilihan itu.
Bayi berkenaan dijangka bakal dilahirkan pada Mei atau Jun 2016.
John dan Chrissy berkahwin pada tahun 2013 di Como, Itali.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: