Tuesday, February 23, 2016

Pencuri kereta kantoi 'singgah' pandu lalu




Pencuri kereta kantoi 'singgah' pandu lalu
Foto suspek pencuri kereta yang diedarkan polis di Essex, Britain.
ESSEX - BRITAIN. Seorang pencuri kereta yang dikehendaki polis berjaya melarikan diri selepas disergah pihak berkuasa di sebuah restoran makanan segera, semalam.
Laporan Metro UK mengatakan suspek dirakam memandu sebuah kereta Audi A3 di sebuah pandu lalu dan cuba memesan makanan.
Pihak berkuasa yang kebetulan berada di tempat kejadian cuba memberkas suspek namun gagal.
Menurut jurucakap polis, suspek melarikan diri setelah keretanya terbabas dan melanggar sebuah tiang.
Seorang pejalan kaki cedera selepas dilanggar kenderaan yang dipandu suspek.
Kereta Audi A3 berkenaan dilaporkan dicuri di London dan polis di Essex kini mengedarkan foto suspek untuk maklumat orang awam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: