Tuesday, February 23, 2016

Jangan cakap akak tak jaga abang Bung



Jangan cakap akak tak jaga abang Bung
Instagram Zizie
ISTERI kepada Datuk Bung Moktar Radin iaitu Zizie Ezette, menerusi Instagramnya menafikan 'cakap-cakap' yang mengatakan bahawa beliau mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri tatkala suaminya Bung Moktar kini sedang sakit.
Katanya, bukan semua perkara boleh di kongsi dimedia sosial, kerana ada ketikanya 'biarlah hanya Tuhan sahaja yang tahu'.
"Jangan cakap akak tak jaga suami, ada benda tak perlulah nak dipost, kalau tak post bukan tak sayang, dan jangan cari dosa," tulis Zizie.
Dalam pada itu,  Zizie juga telah  memuat naik gambar juadah asam pedas untuk dihantar kepada Bung.
"Asam pedas Sabah style! Satu bergaram dan bergula, satu lagi kurang garam tiada gula. Faham-fahamlah orang baru nak sihat ini semua kena dikurang-kurangkan. Kasih sayang saja yang bertambah," ujarnya.
Bung Moktar kini dilaporkan semakin pulih setelah menerima rawatan pemindahan buah pinggang di Pusat Perubatan Prince Court.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: