Tuesday, February 23, 2016

Adele Menangis, Malu Insiden Di Anugerah Grammy




Adele mengakui malu dengan persembahannya pada Anugerah Grammy pada Isnin lalu.
PENYANYI Adele mendedahkan dia menangis sepanjang hari kerana tidak dapat memberikan persembahan terbaik pada Anugerah Grammy yang berlangsung pada Isnin lalu.
Adele berkata, dia berasa malu dan kecewa kerana masalah audio dihadapi memberi kesan kepada bunyi piano selepas mikrofon terjatuh ke dalam tali alat muzik itu.

"Saya sangat malu dan menangis sepanjang hari kerana kecewa dengan persembahan tersebut.

"Air mata yang keluar secara spontan tetapi tidak mengapa. Saya baik-baik sahaja," katanya ketika muncul dalam program Ellen DeGeneres pada Khamis lalu.

Tambah Adele, dia tidak kisah dikutuk kerana nyanyiannya sumbang kerana baginya ia adalah perkara biasa buat seorang penyanyi.

Pada acara itu, Adele menyampaikan lagu All I Ask.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: