Tuesday, February 23, 2016

'Seperti Magic' album terbaru




'Seperti Magic' album terbaru

SELEPAS popular dengan lagu Sayang yang pernah menjadi fenomena luar biasa di negara ini, penyanyi popular dari negara seberang, Shae kini kembali dengan album keduanya, 'Seperti Magic'.
Tajuk album Seperti Magic yang diambil sempena single pertamanya itu adalah  ciptaan Posan Tobing yang merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menghasilkan lagu Sayang.
Mengulas lanjut mengenai album terbaharunya, penyanyi berdarah kacukan Australia dan Indonesia ini menganggap penghasilan album ini lebih istimewa buat dirinya kerana menampilkan dua karya ciptaannya sendiri.
"Album kali ini sangat istimewa buat saya kerana saya diberi kepercayaan untuk menulis lagi sendiri berjudul Pecah dan Cantik.
"Saya berharap peminat dapat menerima album kali ini dengan baik," katanya ketika di temui pada majlis perlancaran album Seperti Majic, sebentar tadi.
Album yang memuatkan 10 buah lagi ini akan dilancarkan secara digital mulai 18 Mac ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: