KEBANYAKAN orang pasti hairan sekiranya ternampak ketam berjalan di atas jalan ataupun berada di atas pokok.
Bagaimanapun, fenomena pelik ini benar-benar berlaku di Pulau Christmas, Australia.
Sekiranya anda ke sana, anda akan mendapati bukan ribuan, malah jutaan spesies ketam merah di sekeliling anda.
Fenomena ini biasanya berlaku pada bulan Oktober hingga Disember setiap tahun, apabila kumpulan ketam tersebut bermigrasi dari satu tempat ke satu tempat lain.
Ketika itu, beberapa jalan akan ditutup untuk memberi laluan kepada kumpulan ketam tersebut.
Malah, pihak berkuasa tempatan di pulau tersebut turut menyediakan beberapa jambatan khas bagi mengelakkan ia dilanggar kenderaan.
Menurut penyelidik, proses migrasi tersebut dilakukan adalah untuk tujuan pembiakan.
Kebiasaannya, ketam jantan akan memulakan migrasi berkenaan sebelum ia disusuli oleh ketam betina beberapa hari kemudian.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: