Friday, February 26, 2016

Keunikan Amorphophallus




Keunikan Amorphophallus

TUMBUHAN dikenali sebagai Amorphophallus Titanum ini adalah spesies bunga tanpa dahan yang paling besar di dunia.
Ia boleh mencecah ketinggian sehingga 3 meter.
Bunga ini sama seperti spesies Rafflesia kerana ia akan mengeluarkan bau yang sangat busuk seperti bangkai haiwan ketika ia mengembang.
Selain mengeluarkan bau busuk, bunga ini sangat unik kerana ia berkembang hanya sekali sahaja dalam tempoh antara 10 dan 13 tahun.
Sebelum ia berkembang, bunga Amorphophallus kelihatan seperti sehelai daun biasa.
Menurut pengkaji tumbuhan, terdapat hanya 100 kuntum Amorphophallus di seluruh dunia.
Kebanyakan spesies bunga ini juga boleh ditemui di hutan belantara di Kepulauan Borneo. 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: