Jisoo berkata, individu tersebut menghantar mesej menerusi Instagram dan beberapa komen di gambar-gambar yang dimuat naik di laman foto berkenaan.
Tambahnya, individu itu menawarkan pekerjaan supaya dia menemani beberapa individu berpengaruh sebagai kerja sambilan.
"Mesej ini membuatkan saya rasa tidak selesa. Individu tersebut terus memberi komen di gambar-gambar yang saya muat naik selagi saya tidak membalas mesej peribadi yang dihantar.
Dalam pada itu, Jisoo sudah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis bagi membuat siasatan lanjut tentang pihak terbabit.
Namun, penyiasatan masih menemui jalan buntu berikutan individu tersebut menggunakan alamat internet daripada negara ketiga.
"Polis sukar untuk buat siasatan kerana individu itu menggunakan alamat IP bukan dari Korea. Tidak banyak maklumat yang diterima oleh pihak polis tentang individu itu," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: