Halaman rumah yang dipenuhi bunga
TOKYO - JEPUN. Demi kasihnya seorang suami terhadap isterinya, seorang warga emas menghabiskan dua tahun menanam bunga di halaman rumah mereka untuk mengembirakan isterinya yang buta.
Warga emas yang dikenali sebagai Kuroki menanam ribuan bunga di halaman rumahnya supaya isterinya yang buta dapat menikmati bau bunga-bunga tersebut
Menurutnya, dia melakukan perkara itu hanya untuk mengembalikan senyuman kepada isterinya yang sering berasa tertekan dan enggan keluar dari rumah selepas disahkan buta ketika berusia 52 tahun.
Kuroki mengambil masa dua tahun untuk memenuhi halaman rumahya dengan menanam bunga Shibazakura berwarna merah jambu yang baginya bukan sahaja cantik dilihat tetapi juga mengeluarkan bau yang wangi.
Dengan halaman yang dipenuhi dengan ribuan bunga itu, ia turut menarik minat pengunjung malah pernah dikunjungi lebih 7000 pengunjung sehari pada musim bunga.
Tambah Kuroki lagi, dia berjaya memberi kegembiraan kepada isterinya malah mereka sering menghabiskan masa bersama berjalan-jalan di taman tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: