Friday, February 26, 2016

Hwang Jung Tidak Sabar Tunggu Hari Perkahwinan




BAKAL menamatkan zaman bujangnya pada 26 Februari ini, aktres Hwang Jung Eum mengakui tidak sabar menanti detik terindah itu.
Dia yang menggayakan beberapa helai busana pengantin pada sesi fotografi majalah Elle edisi Mac memberitahu dia kini sukar menggambarkan perasaan bahagia yang dilalui.

Dalam pada itu, Hwang Jung berkata, dia mengambil keputusan untuk menjadikan kisah cinta bersama pemain golf profesional Lee Young Don kepada umum.

Namun dia mengakui terlalu mencintai calon suaminya itu.

Sementara itu, bercakap soal perancangan selepas menjalani alam perkahwinan, wanita berkata, dia masih belum dapat gambaran menjalani hidup sebagai seorang isteri.

"Saya tidak tahu bagaimana kehidupan saya selepas berumah tangga nanti, sudah tentu banyak tanggungjawab yang bakal digalas.

"Saya juga kagum dengan wanita yang sudah berkahwin dan menjalani kehidupan berkeluarga dengan baik, saya harap dapat menjadi seperti mereka," ujarnya.

Tambahnya, dia masih meneruskan kerjayanya sebegai pelakon walaupun sudah bergelar isteri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: