Norliza (kiri) bersama pembantunya Mardiani Che Lah, 17 menunjukkan nasi kerabu yang dijualnya dengan RM1 50 di Manjoi
BAGI masyarakat pantai timur terutama Kelantan, nasi kerabu bukan asing sehingga menu tersebut mendapat tempat di Ipoh, Perak.
Bagaimanapun, dengan harga RM4.50 dan ke atas, tidak ramai yang mahu mencuba menikmati menu istimewa itu.
Namun, di Manjoi, orang ramai yang ingin mencuba buat kali pertama atau peminat nasi kerabu boleh menikmatinya dengan harga hanya RM1.50 sahaja.
Bercerita mengenai harga semurah itu, Norhasliza Samsudin,31, yang sudah lima tahun berniaga di Gerai Bawah Tali Api, di Manjoi berkata, idea meletakkan harga serendah itu timbul kerana mahu lebih ramai merasai keenakan nasi kerabu.
Ramai terkejut dengan harga semurah itu malah ada yang anggap ia sekadar gurauan tetapi sebenarnya ia benar-benar wujud.
“Niat saya nak bagi peluang orang ramai merasai nasi kerabu. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan ditambah dengan harga barang semakin mahal, tak salah saya jual dengan harga seperti itu.
“Sambutan sangat menggalakkan walaupun baharu diperkenalkan. Memang ramai yang nak mencubanya. Malah pelanggan sedia ada pun selalu beli,” katanya kepada Sinar Harian.
Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi, gerai Norhaliza sering dikunjungi masyarakat di Manjoi dan di sekitar Ipoh untuk menikmati nasi kerabunya.
Norhaliza turut menerima tempahan khususnya guru-guru yang tidak sempat membeli nasi kerabu yang dijual kerana murah.
Biarpun harga murah, kualiti nasi kerabunya tetap menjadi keutamaan untuk menepati kehendak pelanggan.
Purata nasi kerabu yang terjual dalam sehari sebanyak 50 hingga 70 bungkus.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: