Tuesday, May 6, 2014

Panik ular tedung selar masuk rumah


  • Panik ular tedung selar masuk rumahAnggota JPAM memegang ular tedung selar yang berjaya ditangkap selepas memasuki dapur sebuah rumah penduduk di Kampung Bukit Tok Ali, dekat Jeli.

JELI - Sebuah keluarga empat beranak panik seketika apabila seekor ular tedung selar sepanjang kira-kira empat meter memasuki rumah mereka di Kampung Bukit Tok Ali, dekat sini, baru-baru ini.

Kejadian kira-kira jam 11 malam berlaku ketika seorang ahli keluarga itu, Hafiz Ismail, 21, masuk ke dapur untuk minum air sebelum terserempak dengan reptilia berbisa itu.

Hafiz yang terkejut melihat haiwan itu mengembangkan kepala terus berlari keluar ke ruang tamu untuk mengejutkan ahli keluarganya sebelum menghubungi seorang rakan bagi mendapatkan bantuan.

“Sebelum itu, saya sedang menonton televisyen dan masuk ke dapur untuk minum air apabila terserempak dengan ular itu yang tiba-tiba muncul di hadapan saya.

“Saya terpaksa minta bantuan rakan kerana bimbang dengan keselamatan kami dan apabila melihat ular itu, dia terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Jeli,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Daerah Jeli, Ahmad Suhaizi Ahmad Suhaimi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.01 malam sebelum tiga anggota dihantar ke lokasi kejadian.

“Apabila sampai, haiwan itu sudah berada di luar rumah dan anggota kami mengambil masa kira-kira lima minit untuk menangkap ular berkenaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: