Sunday, May 25, 2014

Uncle Best sasar miliki 2,000 kios


  • Saiful Nizam menunjukkan ayam gunting Uncle Best yang menjadi antara produk terlaris syarikatnya.Saiful Nizam menunjukkan ayam gunting Uncle Best yang menjadi antara produk terlaris syarikatnya.

SYARIKAT pembekal produk ayam gunting, Uncle Best Mart Sdn Bhd menerusi jenama Uncle Best Fried Chicken (Uncle Best) menyasarkan untuk mempunyai 2,000 kios di seluruh negara menjelang 2015.

Pengarah Uncle Best, Saiful Nizam Zakaria berkata, sehingga kini, Uncle Best mempunyai 500 kios di seluruh negara kecuali di Sabah dan Sarawak.

"Kami sudah berurusan dengan beberapa individu yang berminat untuk membawa produk kami di kedua-dua negeri itu. Tetapi ia masih dalam proses rundingan.

"Masalah utama kami adalah untuk membawa bahan mentah seperti ayam masuk ke sana," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya di Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada masa ini, Uncle Best mempunyai stokis hampir setiap negeri di Semenanjung.

Menurut Saiful Nizam, syarikat itu juga membuka peluang perniagaan kepada mana-mana individu yang berminat untuk membuka kios di pusat membeli belah pada masa akan datang.

"Bagi perancangan masa depan syarikat, kami turut mencari pelabur luar dari China dan Indonesia yang ingin membawa produk kami ke negara-negara besar di Asia.

"Kami juga berhasrat untuk menerokai pasaran Brunei dan Singapura," katanya.

Mengulas berhubung jualan, Saiful Nizam berkata, setiap satu kios Uncle Best mampu menjual 300 hingga 400 keping ayam sehari dengan harga RM6 sekeping.

Saiful Nizam  berkata, syarikatnya juga bakal memperkenalkan dua menu baharu iaitu Ikan Crispy dan Ayam Gril dalam tempoh terdekat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: