- Che Wan Abdullah Che Wan Ismail, 58, (tengah) menunjukkan ikan tenggiri seberat 12.5 kilogram dan sepanjang satu meter yang dipancing beliau di jeti Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Kemaman, Terengganu.
KEMAMAN - Seorang pemancing berjaya menangkap seekor ikan tenggiri dengan saiz luar biasa seberat 12.5 kilogram dan sepanjang satu meter di jeti Kompleks Lembagan Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Kemaman di sini, semalam.
Che Wan Abdullah Che Wan Ismail, 58, berkata beliau terpaksa 'bertarung' selama 30 minit sebelum berjaya menaikkan ikan itu kira-kira pukul 3.30 petang.
"Saya menggunakan umpan anak ikan kembung...saya lihat joran milik saya mula dipagut sehinggakan rakan saya, Yusof Awang Yong, 58 yang memegang joran kelihatan sangat sukar mengawalnya.
"Saya segera berlari mencari benda yang lebih besar dan bertemu pengait dan syukur Alhamdulillah akhirnya dapat menaikkan ikan tenggiri yang sungguh besar ini," katanya ketika ditemui pemberita di LKIM Kuala Kemaman.
Katanya, tenggiri itu merupakan ikan air masin pertama yang berjaya dipancingnya di sungai dan kebiasaannya sebelum ini dia dapat memancing ikan siakap putih, senangin, kurau, dan talam.
"Ikan ini saya akan hantar ke Singapura untuk dijual," katanya yang menganggap pengalaman menaikkan ikan sebesar itu sebagai kenangan manis sepanjang mencari rezeki sebagai pemancing.
Kejayaannya itu telah menarik perhatian orang ramai yang berkunjung ke Kompleks LKIM untuk melihat ikan berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu Abdul Khalil Abdul Karim berkata ikan tenggiri adalah daripada spesies tuna dan saiz itu agak luar biasa serta jarang ditangkap nelayan tempatan.
"Mengenai ikan tenggiri itu ditangkap di sungai, mungkin kerana ia mengikut arus laut dan jarang-jarang berlaku," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: