Tuesday, May 27, 2014

Kulinari autentik Bumi Kenyalang


CEF SANNY bersama juadah unik dan menyelerakan yang dibawa khas dari Bumi Kenyalang.


USIANYA baru sahaja mencecah 24 tahun, namun pencapaiannya memiliki produk selendang dan tudung menggunakan label sendiri iaitu Sincerely By Us (SBU) adalah suatu kejayaan yang boleh dibanggakan buat gadis muda bernama Noor Inora Putri Noorzainy.
Dia yang lebih mesra dipanggil Nora ini menjalankan perniagaan online secara kecil-kecilan sahaja semasa menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2011.
Modal permulaannya hanyalah RM500 sebelum berkembang sehingga berjaya memiliki dua buah butik yang terletak di Alam Avenue, Seksyen 16, Shah Alam dan Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Anak kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Noorzainy Md. Noor ini meminati bidang perniagaan dan berazam untuk meluaskan empayar SBU yang diasaskannya.
Buktinya, butik SBU Shah Alam akan berpindah lokasi ke bangunan kedai tiga tingkat berhampiran butik lama serta dalam perancangan untuk membuka cawangannya di Johor.
Diminati
SBU mempunyai pengikutnya tersendiri di laman sosial Facebook dan Instagram yang melebihi 100,000 pengikut.
Nora memulakan perniagaan tudung jenis selendang dan tudung bawal yang dipasarkan di Facebook dan dijual kepada rakan-rakan.
Faktor kelainan yang ada pada tudungnya menyebabkan ia menjadi bualan dan semakin dikenali ramai sehingga sekarang.
Jelasnya, untuk berjaya dalam perniagaan, dia berpegang kepada prinsip tidak meniru sesiapa, sebaliknya memperkenalkan trend ada gaya tersendiri.
“Dengan memperkenalkan ketulenan produk, pelanggan akan lebih mengingati dan menggemari produk yang dikeluarkan,” ujar beliau.
Tudung dan selendang SBU menggunakan kain chiffon crepe yang tidak terlalu nipis atau tebal sesuai untuk Muslimah menutup aurat dengan sempurna.
Kain tersebut juga tidak perlu digosok dan sangat mudah dibentuk atau digayakan mengikut kesesuaian penggayanya.

BUBUR pedas mudah didapati di Sarawak terutamanya pada bulan Ramadan.


Eksklusif
SBU juga turut tampil dengan pelbagai corak tersendiri dan sentiasa menghasilkan rekaan terbaharu untuk tatapan pelanggannya.
“Selain digemari pelanggan, SBU juga mahu memastikan setiap barangan yang dijual di butik adalah eksklusif dan terjaga,” jelasnya yang bakal menamatkan zaman bujangnya penghujung tahun ini.
Selain menghasilkan tudung dengan label sendiri, SBU juga turut menjadi vendor beberapa produk yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan.
Setiap produk vendor yang dijual hanya terdapat di SBU dan tiada di tempat lain.
“Sekiranya pelanggan berminat, mereka perlu membelinya di butik SBU sahaja.
“Dengan cara ini, saya dapat memastikan SBU sentiasa menjual dan menghasilkan produk-produk eksklusif sahaja,” katanya.
SBU juga memastikan harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan mampu milik.
Setiap tudung bawal dan selendang misalnya berharga antara RM20 hingga RM30 manakala bagi pakaian dan produk vendor yang dijual tidak melebihi RM100.
Butik-butik SBU menyediakan pelbagai produk seperti tudung, selendang, pakaian (skirt, jubah, baju, baju-T), kasut, produk penjagaan rambut dan biskut raya sempena menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama nanti.
Nora memberitahu bahawa sempena Aidilfitri nanti, SBU juga akan memperkenalkan beberapa rekaan tudung yang menarik pada setiap minggu bulan Ramadan.
“Saya mahu menjadikan butik SBU sebagai pusat sehenti yang memenuhi semua keperluan pelanggan tanpa mereka perlu pergi ke tempat lain untuk mencari barang yang dikehendaki.
“Jadi, SBU akan menyediakan pelbagai barangan bermula dari hujung rambut hingga hujung kaki untuk kemudahan pelanggan,” jelasnya.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: