SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling menetapkan 8 September depan bagi membuat keputusan terhadap bantahan awal berhubung nusyuz yang difailkan oleh Mohd Edy Casmadi Che Hussin terhadap pelakon Sari Yanti.
Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah akan membuat keputusan itu bagi menentukan sama ada pihak mahkamah mempunyai kuasa untuk mendengar kes nusyuz yang difailkan Mohd Edy sekalu plaintif.
Pasangan itu bagaimanapun tidak hadir pada perbicaraan tersebut dan hanya diwakili peguam masing-masing.
Bekas peserta program Fear Factor musim kedua itu pada 30 April lalu memfailkan bantahan awal permohonan nusyuz yang dibuat oleh suaminya memandangkan pelakon itu terlebih dahulu memfailkan permohonan cerai di Seremban, Negeri Sembilan.
Dalam pada itu, peguam syarie plaintif, Munirah A. Bakar memohon kepada mahkamah untuk memfailkan hujah bantahan awal itu di kaunter secara serentak bagi memudahkan sebarang pertikaian sebelum keputusan dibuat oleh mahkamah.

Abdul Halim membenarkan hujah difailkan secara serentak pada 11 Ogos depan dan turut dipersetujui oleh peguam defendan, Marlina Amir Hamzah.
Dalam pada itu, Abdul Halim turut memerintahkan pihak plaintif memfailkan avidavit jawapan terhadap bantahan awal dibuat oleh defendan pada 18 Jun ini.
Manakala pihak defendan perlu menfailkan avidavit balasan sebulan selepas itu iaitu pada 11 Julai depan.
Pada 7 Mac lalu, Mohd Edy menfailkan permohonan kembali taat terhadap Sari Yanti di mahkamah sama. Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada 25 Februari lalu.
Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Edy Casmadi selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Basit Al-Haq masing-masing berusia empat dan dua tahun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: