PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin tidak akan menukarkan warna rambutnya daripada perang kepada hitam walaupun ditohmah oleh ramai peminat semata-mata ingin mengekalkan wataknya sebagai 'cikgu mat salih' dalam rancangan bersiri Oh My English(OME) musim ketiga.
Zain, 30, berkata, dia akan kekal dengan imej berambut perang itu sebagai memenuhi watak Mr. Henry Middelton sehingga penggambaran siri berkenaan tamat yang dijadualkan pada akhir tahun ini.
"Ikutkan hati memang saya ingin kembali kepada warna rambut asal tetapi kerana terikat dengan Oh My English! saya perlu kekalkan warna 'blonde' ini buat sementara waktu.
"Saya sedar banyak orang mempertikaikan tentang imej saya ini tetapi mungkin kerana mereka tidak faham tentang tujuan sebenar saya mewarnakan rambut," katanya kepadamStar Online.
Zain diminta mengulas kritikan banyak pihak yang mempersoalkan imejnya berambut perang sehingga menimbulkan rasa kurang senang isterinya, Rozita Che Wan apabila peminat tidak mengetahui sebab sebenar suaminya itu berbuat demikian.
Oh My English! musim ketiga bersiaran setiap hari Ahad pada pukul 9 malam di saluran TVIQ (610) dan Astro Maya HD (135). Selain Zain, ia turut menampilkan Fauziah Ahmad Daud, Nadiya Nissa, Syafiq Kyle, Sherry Al-Hadad dan Carmen Soo."Ikutkan hati memang saya ingin kembali kepada warna rambut asal tetapi kerana terikat dengan Oh My English! saya perlu kekalkan warna 'blonde' ini buat sementara waktu.
"Saya sedar banyak orang mempertikaikan tentang imej saya ini tetapi mungkin kerana mereka tidak faham tentang tujuan sebenar saya mewarnakan rambut," katanya kepadamStar Online.
Zain diminta mengulas kritikan banyak pihak yang mempersoalkan imejnya berambut perang sehingga menimbulkan rasa kurang senang isterinya, Rozita Che Wan apabila peminat tidak mengetahui sebab sebenar suaminya itu berbuat demikian.
Dalam pada itu, Zain berkata, biarpun mempunyai jarak di antara satu penggambaran siri berkenaan, dia tidak mahu terlalu kerap menukarkan warna rambutnya berulang kali kerana bimbang ia akan menyebabkan rambut rosak selain mendatangkan masalah lain pada masa hadapan.
"Jika mewarnakan dan melunturkan kembali warna rambut tidak mendatangkan kerosakkan mungkin lebih mudah tetapi malangnya ia tidak begitu," ujarnya.
Sementara itu, Zain berkata, dia juga terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan lain kerana terpaksa menukarkan warna rambutnya dengan warna asal.
Bagaimanapun kata Zain, dia bakal terlibat dalam sebuah drama bersiri yang kebetulan sesuai dengan imejnya dan akan menjalani penggambaran di New Zealand pada akhir Mei ini.
"Biarpun berat hati terpaksa tolak beberapa tawaran tetapi Alhamdulillah ada hikmah juga rambut 'blonde' ni kerana saya dapat memegang watak yang bersesuaian tanpa perlu menukar warna rambut," jelasnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: