Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 28, berkata, tindakannya itu adalah proses biasa sebagai seorang pelanggan MAS yang privasinya telah diceroboh sehingga menyebabkan dia menjadi bahan perbincangan umum.
"Ini adalah berkaitan dengan privasi dan hak saya sebagai pelanggan MAS yang telah diceroboh tanpa kerelaan saya dan berharap peminat tidak terus membuat kesimpulan negatif terhadap tindakan saya itu hanya kerana saya seorang selebriti," jelasnya.
Hanez dan kekasihnya Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, memfailkan saman tersebut di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Mei lalu menerusi peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman.
Pasangan itu mendakwa beberapa jam selepas mendarat di Bangkok pada 20 April lalu, mereka dimaklumkan oleh rakan-rakan yang sebahagian daripada salinan pas masuk mereka telah muncul di akaun Facebook yang dikenali sebagai "Kami sokong Liyana Manan" termasuk 1,000 komen yang mengejek mereka.
"Biarlah apa orang nak cakap tentang perkara itu kerana saya sudah serahkan kepada peguam dan saya dinasihatkan tidak mengulas panjang mengenai perkara ini," katanya.
Bagaimanapun Hanez mengakui ada menerima panggilan daripada pihak MAS selepas memfailkan saman dan respon diberikan positif. Dalam perkembangan lain, Hanez berkata dia kini sedang sibuk dengan latihan teater Projek Kahwin yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun depan.
Teater terbitan Mask Team itu membariskan barisan pelakon Izzue Islam, Shah Iskandar, Kaka Azraff, Sherry Alhadad dan Kilafairy.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: