KUALA LUMPUR: Pelawak di negara ini dinasihatkan agar meletakkan batasan selain tidak menyentuh sebarang isu sensitif terutamanya soal agama dan kaum dalam persembahan mereka terutamanya di pentas Istana Budaya.
Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, semua produksi yang diberi peluang mengadakan persembahan di pentas berprestij seperti Istana Budaya perlu mematuhi garis panduan ditetapkan agar tidak timbul sebarang konflik biarpun ia sekadar jenaka.
"Saya berharap mana-mana pementasan komedi tempatan supaya menjaga sensitiviti terutamanya melibatkan agama, kaum dan perkara sensitif lain agar ia tidak menimbulkan sebarang masalah.
"Tanpa menyentuh sebarang isu sensitif tidak bererti sesuatu pementasan komedi tidak akan mendapat sambutan sebaliknya beberapa persembahan seperti Lawak Ker Deryang dipentaskan di Panggung Sari mendapat sambutan cukup hebat," katanya.
Mohamed Juhari ditemui ketika majlis sidang media persembahan komedi berbahasa Inggeris iaitu Dry Comedy Night: Where's The Water di Sri Nilam, Istana Budaya pada Isnin.
Dry Comedy Night: Where's The Water yang menampilkan lima pelawak terkenal iaitu Harith Iskander, Jason Leong, Keren Balan, Douglas Lim dan Rizal Van Geyzel bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 23 Mei ini pada pukul 8.30 malam.

Dalam pada itu, Harith selaku pelawak dan salah seorang penerbit pementasan berkenaan berkata, pihaknya akan memastikan acara itu nanti akan mematuhi garis panduan selain tidak menyentuh isu sensitif.
Jelas Harith, biarpun idea asal pementasan itu berdasarkan krisis air yang melanda negara baru-baru ini namun kelima-lima mereka tidak akan memberikan tumpuan kepada perkara itu sahaja sebaliknya pelbagai komedi akan ditampilkan kepada penonton yang hadir.
"Ia mungkin berdasarkan isu air yang melanda negara baru-baru ini tetapi ia bukan semata-mata mengenai perkara itu kerana setiap pelawak ditampilkan mempunyai keistimewaan tersendiri.
"Malah saya berani jamin bahawa kami akan memberikan lawak bersih pada persembahan itu nanti," ujarnya.
Sementara itu, Harith berkata, pada malam itu nanti kelima-lima mereka akan tampil secara solo pada set pertama manakala pada set kedua mereka bakal bergabung untuk beberapa segmen seperti 'No Life-Jacket Comedy', 'Improv-games', Unplanned Set List: Stand Up Without a Net' dan Joke Theif.
"Tambah Harith, kesemua kami akan menghiburkan penonton secara spontan tanpa sebarang latihan dan ia pasti akan mengujakan," jelasnya.
Tiket bagi menyaksikan Dry Comedy Night: Where's The Water dijual pada harga RM70, RM100, RM140, RM180 dan RM220 dan tempahan boleh dibuat menerusi www.ezitix.net atau www.ticketpro.com.my atau boleh hadir ke kaunter tiket Istana Budaya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: