Friday, May 16, 2014

Jamu Mak Dara tingkat keluaran


  • Jamu Mak Dara tingkat keluaranSyed Muhammad Gaddafi (kanan, depan) bersama Pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib (tengah) semasa pelancaran bungkusan baharu Jamu Mak Dara Gold di Damansara, semalam.

SYARIKAT pengeluar produk jamu, Jamu Mak Dara Sdn Bhd menyasarkan hasil jualan sebanyak RM12 juta menjelang akhir tahun ini menerusi pengenalan bungkusan baharu produk Jamu Mak Dara Gold keluarannya.

Pengarah Urusannya, Syed Muhammad Gaddafi Syed Ali berkata, menerusi pengenalan bungkusan baharu tersebut, syarikat itu yakin dapat meningkatkan jumlah pengeluaran sehingga 80,000 botol sebulan berbanding 60,000 botol sebelum ini.

“Jamu Mak Dara Gold yang melalui proses pembungkusan semula menampilkan tujuh ciri-ciri keselamatan khusus untuk pengguna bagi memastikan produk yang dibeli benar-benar asli dan berkualiti tinggi.

“Ia juga selaras dengan usaha kami untuk terus menerokai pasaran antarabangsa dengan memasarkan produk ke Singapura, Brunei dan beberapa negara Eropah menjelang akhir tahun ini," katanya selepas melancarkan bungkusan baharu produk paling laris syarikat itu, Jamu Mak Dara Gold di Damansara, semalam.

Menurutnya, setakat ini produk Jamu Mak Dara berada di pasaran Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Poland.

Sementara itu, Syed Muhammad Gaddafi berkata, syarikat itu sedang melalui proses penyelidikan dan pembangunan bagi penghasilan produk baharu Mak Dara Premium dalam bentuk gel lembut yang dijangka berada di pasaran tahun ini.

“Kami juga menyasarkan untuk menambah bilangan stokis sebanyak 20 peratus tahun ini.

“Setakat ini Jamu Mak Dara ada lebih 200 stokis seluruh negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: