Monday, May 12, 2014

Jual kuih untuk sara anak, suami


CHE ROHAIDA melihat keadaan suaminya, Shukri yang lumpuh selepas diserang strok di rumahnya di Sungai Petani, Kedah.


SUNGAI PETANI – Sejak suami tercinta, Shukri Saad, 52, lumpuh akibat diserang strok bulan lalu, kehidupan keluarga itu semakin tersepit.
Che Rohaida Ramli, 43, berkata, tanggungjawab yang digalasnya untuk menanggung sembilan orang anaknya yang berusia tujuh hingga 23 tahun semakin berat ditambah menjaga suaminya yang kini hanya mampu terlantar di katil dan tidak boleh bercakap.
Wanita tabah itu memberitahu, dia kini mencari wang sara hidup dengan membuat kuih dan menjualnya di gerai milik kenalannya.
“Selain saya yang berikhtiar, dua anak saya yang berumur 21 dan 23 tahun turut bekerja di kilang dan merekalah yang membantu memberi wang belanja kepada adik-adiknya,” ceritanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Taman Seri Gedung di sini semalam.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: