PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Neelofa menjelaskan dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan bukan kerana mengikut trend sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakkan selebriti ketika ini.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, dia mula menjinakkan diri dalam dunia perniagaan sejak berusia 20 tahun iaitu sebelum bergelar artis.
"Saya bukan sengaja ikut-ikut orang untuk buka bisnes, sebaliknya saya memang seorang yang dibesarkan dalam keluarga bisnes dan sentiasa berfikiran ke arah itu.
"Saya mula serius berniaga ketika berumur 20 tahun yang mana duit hasil daripada iklan kormersial, saya laburkan untuk perniagaan kasut secara dalam talian. Ketika itu saya belum lagi jadi pelakon," katanya kepada mStar Online.
Setakat ini, Neelofa mempunyai empat buah perniagaan berlainan yang diusahakan sendiri dan bersama keluarga.
Dia juga menjadikan populariti yang dikecap dalam dunia seni sebagai platform untuk membina jenamanya tersendiri.
"Saya ada empat produk iaitu Bellavita dan Naelofar Abaya yang diusahakan bersama kakak dan ibu saya, manakala Bokkita Hijab dan Lofalens saya usahakannya sendiri.
"Sebenarnya tujuan saya masuk dalam industri seni kerana saya mahu cari platform untuk branding nama saya untuk produk yang saya keluarkan," ujarnya.
Tambah Lofa, dia mendapat lebih kepuasan dan cabaran dalam usaha membina empayar perniagaannya berbanding bidang lakonan.
Dalam pada itu dia mengakui bidang perniagaan berhadapan dengan risiko yang tinggi dan memerlukannya untuk sentiasa berwaspada.
"Saya sudah fikir tentang risiko dan perkara buruk yang boleh terjadi. Contohnya kalau orang nak kenakan saya dan tuduh produk saya sebagai bermasalah.
"Oleh itu saya sudah bersedia dengan semua kemungkinan," katanya.
Sementara itu, bercerita tentang kehidupan peribadi, pengacara rancangan Nona ini mengakui sebagai wanita dia mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia.
Bagaimanapun dia tidak merancangnya dalam waktu terdekat berikutan terlalu banyak komitmen terhadap perniagaanya.
"Siapa yang tidak mahu kahwin? Selepas terlibat dalam kerjaya lakonan, kemudiannya bisnes dan sasaran seterusnya ialah berkahwin.
"Tetapi jika saya berkahwin sekarang ia tidak adil kepada pasangan kerana saya terlalu sibuk dan bagaimana untuk menguruskan hal rumah tangga nanti," jelasnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: