Kontraktor, Nang Chong Sing, 50, berkata, nilai wang kini seolah-olah semakin mengecil jika dibandingkan dengan harga semua jenis barangan termasuk perkhidmatan di pasaran dalam situasi sekarang.
Menurutnya, dunia hari ini memandang kepentingan kewangan yang stabil kerana tanpa ekonomi keluarga yang kukuh boleh mengundang sengsara dalam menghadapi hidup semakin mencabar.
“Saya dapat rasa seperti nilai wang RM100 sudah seperti RM10 dalam perbelanjaan sekarang kerana semua barang naik harga.
“Bagi keluarga yang tak ada pendapatan tetap memang agak sengsara kerana situasi sekarang banyak memerlukan wang,” katanya.
Pekerja industri, Sabariah Dim Yati, 48, berkata, wang RM5 hari ini seperti sudah tidak ada nilai untuk mendapatkan sepinggan nasi berserta air untuk hidangan makan tengah hari kerana berdepan situasi kenaikan mendadak.
“Memang kita merasai kenaikan ni..kalau nak bawa bekal dari rumah sekalipun, kos barangan kering dan basah seperti sayur dan ikan juga naik secara mendadak,” katanya.
Bagi pekerja swasta, Anwar Kamarudin, 27, berkata, untuk mendapatkan makanan tengahari dia terpaksa memilih ke kedai makan biasa berbanding restoran yang kadang kala mengenakan harga sepinggan nasi berserta air
tidak masuk akal.
“Situasi sekarang kena banyak berjimat kerana semua harga barangan termasuk makanan mahal jika dibandingkan sebelum ini,” katanya.
Sementara itu, Sinta Sappe, 26, berkata, kenaikan harga barangan banyak membebankan rakyat sehingga ibu bapa terpaksa meninggalkan anak-anak di Taska dan sebagainya untuk menampung perbelanjaan keluarga.
“Kalau suami kerja seorang memang tak cukup, tambahan saya bakal melahirkan anak kedua. Bawak duit RM100 ke pasar pun belum tentu lengkap barangan dapur yang nak beli," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: