LEBIH MUDAH...Lo (dua dari kiri) bersama Ketua Pemasaran PayPal, Klas Hesselman (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran perkhidmatan tambah nilai automatik Tune Talk, semalam.
TUNE Talk bercadang memperkenalkan penyelesaian perayauan dengan kadar tetap terendah di dunia iaitu hanya 50 sen seminit ke 10 negara Asean menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jason Lo berkata, ketika ini pihaknya menyediakan perkhidmatan itu ke empat negara iaitu Indonesia, Bangladesh, Sri Lanka dan Kemboja.
“Jika anda pergi ke empat negara ini, anda hanya akan dikenakan caj 50 sen (seminit) untuk membuat atau menerima panggilan tempatan.
“Kami sedang berusaha menyediakan perkhidmatan ini ke 10 negara lain menjelang hujung tahun ini,” katanya selepas pelancaran perkhidmatan tambah nilai automatik Tune Talk dengan kerjasama syarikat pembayaran dalam talian global, PayPal di Kuala Lumpur, semalam.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya mengunjurkan untuk menarik sejuta pelanggan aktif menggunakan perkhidmatan Tune Talk.
“Ketika ini kami mempunyai 750,000 pelanggan aktif yang setia,” katanya.
Mengulas kerjasama itu, Lo berkata, menerusi perkhidmatan baru itu, pelanggan boleh menggunakan PayPal sebagai dompet digital dan menambah nilai akaun mudah alih prabayar dengan menggunakan perkhidmatan ‘Auto Top-Up’. “Dengan hanya mendaftar akaun PayPal dan memautkan kad kredit atau kad debit masing-masing, pelanggan boleh menetapkan arahan tetap bagi nilai untuk ditambah berjumlah dari RM10 hingga RM100 seperti juga yang mereka lakukan melalui transaksi perbankan dalam talian biasa,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: