Tuesday, June 5, 2012

Tidak halang laluan bot - Ali


BEGINILAH keadaan Jambatan Panglima Awang di Melaka yang dibina khas bagi membolehkan bot melalui terowong di bawahnya.


MELAKA – Jambatan Panglima Awang yang baru siap dibina, di samping memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya, ia juga tidak menghalang bot pelancongan melalui di bawahnya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar kecil) berkata, pembinaan jambatan bernilai RM9.77 juta itu merupakan salah satu projek sokongan dalam pembangunan dan pengindahan Sungai Melaka yang menjadi tarikan pelancong.

“Jambatan ini mempunyai terowong bawah yang lebih tinggi bagi membolehkan bot melaluinya dan penggunaan Sungai Melaka dapat dipanjangkan hingga ke Melaka Sentral,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pembukaan Jambatan Panglima Awang di sini malam kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: