JOHOR BAHRU – Tiada apa yang diinginkan oleh seorang anak ketika ini selain mengharapkan kepulangan ibunya, yang menghilangkan diri sejak enam bulan lalu.
Perasaan rindu yang tidak dizahirkan secara nyata itu jelas terpancar dari redup mata, Mohamad Hafiz Iskandar Mohamad Iskandar, 8, atau panggilan manjanya Jojo yang terlalu rindukan ibunya, Nur Elia Jaiman, 33, yang berasal dari Tanjong Pinang, Indonesia yang gagal pulang ke rumah sejak 15 Januari lalu.
“Rindu mak, lama tidak jumpa mak,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Bagi, tukang masak, Muhammad Iskandar Abdullah, 46, berkata isterinya tidak menunjukkan sikap pelik sebelum menghilangkan diri, malah sempat menghantarnya ke wad kerana diserang masalah jantung pada hari terbabit.
“Saya dimasukkan ke wad selama dua hari, di mana isteri yang mendaftarkan dan melayan saya dengan baik. “Apabila dibenarkan pulang, saya dapati semua barangan berharga dan dokumen perjalanan telah tiada. “Apa yang saya harapkan isteri pulang, dan saya bersedia memaafkan perbuatannya, demi anak kami,” katanya yang telah berkahwin sejak sembilan tahun yang lalu.
Muhammad Iskandar risau akan tahap kesihatan anaknya yang kerap terjaga dari tidur kerana teringatkan ibunya. Katanya, anaknya juga dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat serangan asma. “Saya percaya isteri saya berada di negara ini dan erharap dia pulang demi anak kami,” katanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubunginya di talian 012-2399658.
Wednesday, June 6, 2012
'Rindu mak, lama tidak jumpa mak'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: