BEIJING - Ribuan penduduk di bandar Hangzhou, China semalam memberi penghormatan terakhir terhadap jenazah seorang wira rakyat, Wu Bin yang telah menyelamatkan nyawa 24 penumpang bas.
Mereka memberi penghormatan terakhir itu di Rumah Pengebumian Hangzhou.
Bin, 48, digelar sebagai wira selepas dia bertindak membrek, menukar gear dan memberitahu penumpang supaya tidak merayau-rayau di lebuh raya.
Dia melakukan perbuatan itu walaupun dadanya ditusuk dengan serpihan logam tajam yang menembusi cermin basnya semasa dia memandu pada 29 Mei lalu.
Bin meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas dia mengalami kecederaan akibat ditusuk logam itu.
Pemerintah China memberikan anugerah Pekerja Contoh Wilayah bagi mengiktiraf keberanian Bin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: