Friday, June 22, 2012

Rawatan untuk pelangsingan badan

Pelanggan menikmati rawatan dengan lebih selesa.

BERHASRAT mengorak langkah lebih jauh dalam dunia rawatan kecantikan, dua sahabat ini telah berganding bahu membuka pusat rawatan kecantikan dan pelansingan untuk muslimah.

Pusat rawatan Seri Harum Beauty House di bawah seliaan Rushidah Ismail, 54, dan Halinda Jamhul, 45, bukan sekadar menyediakan khidmat rawatan kecantikan tetapi juga rawatan pelangsing badan.

Menariknya, spa yang pernah terkenal dengan nama Primevere Beauty sebelum ditukar kepada nama sekarang, menggunakan sepenuhnya khidmat tenaga mahir yang diimport dari Indonesia.

Halinda berkata, mereka menggunakan sepenuhnya khidmat pekerja dari Indonesia kerana yakin dengan kemahiran yang dimiliki.

"Selain itu, konsep yang digunakan dalam dekorasi spa ini adalah campuran Bali dan tradisional Melayu.

"Elemen Bali dan tradisional digabungkan kerana sesuai dengan konsep rawatan di sini yang hanya tertumpu kepada muslimah sahaja.

"Memandangkan kami baru beroperasi, semua aspek hiasan dalaman masih diperbaiki dari semasa ke semasa demi memberi keselesaan kepada pelanggan," katanya.

Ujarnya, antara rawatan menarik yang disediakan kepada pelanggan adalah rawatan pelangsing yang menggunakan mesin elektronik RF Radio Frequensi.

"Mesin ini bertujuan meruncingkan bentuk muka dan melangsingkan badan dalam jangka masa yang singkat. Ia juga membantu memecahkan lemak pada bahagian badan serta mencerahkan semula parut.

"Selain menggunakan mesin yang berteknologi tinggi, harga yang ditawarkan juga berpatutan kepada pelanggan berbanding harga rawatan di luar.

"Pelanggan yang menggunakan rawatan ini hanya perlu melakukan secara konsisten bagi mendapat kesan yang diinginkan pada tubuh mereka," katanya.

Tambah Haslinda, pelanggan boleh membuat pilihan untuk melakukan rawatan pelangsingan pada bahagian tubuh yang diinginkan. Ia juga sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur.

"Rawatan membentuk semula tubuh (body tone) yang menggunakan mesin khas pada bahagian perut bertujuan membuang lemak. Kemudian masker diletakkan ke atas permukaan kulit dan dibalut dengan plastik sebelum dimasukkan dalam selimut pemanas (hot blanket).

"Proses membuang lemak dalam hot blanket mengambil masa 30 minit supaya lemak yang terkumpul dalam badan berkurang," katanya.

Beliau berkata, selain rawatan pelangsingan terdapat rawatan muka, akupuntur, resdung dan salon rambut.

"Terdapat lima rawatan muka iaitu rawatan muka kolagen, vitamin E, pemutihan, gold mask, dan diamond peel.

"Harga yang ditawarkan kepada pelanggan untuk rawatan kecantikan dan pelangsingan adalah serendah RM45 hingga RM1,200," katanya.

Haslinda berkata, lima kamar rawatan khusus disediakan iaitu kamar rawatan muka, urutan tradisional, rawatan pelangsingan, mandi sauna dan mandi susu serta salon rambut.

"Sempena ketibaan bulan Ramadan tidak lama lagi, kami juga menawarkan harga promosi selain pelanggan berpeluang menikmati juadah berbuka puas secara percuma," katanya.

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan hubungi 016-42516454 atau berkunjung ke 17-2 (Tingkat 2) Jalan Setiawangsa 9, Taman Setiawangsa Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: