KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Bapa yang disambut pada 17 Jun 2012, Corus Hotel, Kuala Lumpur menyediakan pelbagai hidangan menarik bagi meraikan “ayahanda” masing-masing.
Lebih 25 menu utama bakal disajikan melibatkan hidangan minum petang dan juga makan malam.
Menurut Pengurus Pemasarannya, Thean Kelly, orang ramai tentunya berpuas hati membawa ketua keluarga masing-masing untuk menikmati satu hidangan menarik di Restoran Dondang Sayang hotel itu sempena sambutan berkenaan.
Katanya, makanan Barat dan juga tempatan adalah sajian utama yang diperkenalkan hotel itu hanya dengan harga RM68++ (dewasa ) dan RM31++ (kanak-kanak) untuk minum petang manakala hidangan bufet istimewa makan malam pula adalah RM89++ (dewasa) dan RM44.50++ (kanak-kanak).
Antara makanan yang bakal disajikan ialah pelbagai jenis salad, sup labu, kepak ayam, udang masak lemak resipi ayah, “seafood lasagna” dan pelbagai makanan menarik lain.
“Lebih istimewa pihak hotel turut menyediakan sudut kanak-kanak bagi membolehkan mereka bermain sambil dihiburkan dengan persembahan badut dan juga cabutan bertuah,” katanya kepada mStar Online.
Tambah beliau, pihaknya percaya sambutan berkenaan menjadi detik yang amat menarik kerana ia begitu eksklusif disebabkan sambutan Hari Bapa sebenarnya jarang diraikan berbanding sambutan lain.
Dalam masa yang sama, anak-anak juga boleh membuat kejutan untuk bapa mereka dengan membawa bapa masing-masing ke hotel berkenaan.
“Untuk makan malam istimewa bersama bapa, kami menyediakan pelbagai makanan segar di tempat memasak kami,” katanya.
Orang ramai dan ahli keluarga yang berhajat untuk meraikan Hari Bapa pada tahun ini, pastikan anda menghabiskan masa sama ada untuk minum petang ataupun makan malam di Corus Hotel.
Pembaca yang berminat dan berhajat membuat tempahan, bolehlah hubungi 03-2161-8888 ataupun terus hubungi restoran Dondang Sayang di talian 03-2160-5923.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: