Wednesday, June 6, 2012

Pekerja digalak pakai seluar pendek


WON-SOON (tengah) bergambar dengan beberapa model yang memakai seluar pendek dalam satu pertunjukan fesyen bagi mempromosikan kempen menjimatkan kos elektrik di Seoul semalam.


SEOUL, Korea Selatan - Kakitangan-kakitangan Dewan Bandar Raya Seoul disarankan memakai seluar pendek ke pejabat bagi menyesuaikan diri dengan cuaca panas dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik pada musim panas.

Kempen tersebut dirasmikan oleh Datuk Bandar Seoul, Park Won-Soon semalam yang turut memakai seluar pendek.

Dilaksanakan di Korea Selatan sejak empat tahun lalu, inisiatif itu bertujuan untuk menjimatkan kos elektrik ekoran penggunaan penyaman udara.

Menerusi kempen tersebut, suhu di dalam bangunan pentadbiran tidak boleh melebihi 28 darjah Celsius.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: