Saturday, June 16, 2012

Mudahkan pengguna

CANGGIH...Hew menunjukkan komputer yang dipamerkan di kedai konsep Toshiba.
CANGGIH...Hew menunjukkan komputer yang dipamerkan di kedai konsep Toshiba.

TELE Dynamics Sdn Bhd (TDSB), pengedar tunggal produk Toshiba di negara ini merancang membuka kedai konsep Toshiba di setiap negeri bagi menawarkan produk lengkap kepada pengguna pada masa depan.

Ketika ini, kedai konsep pertama dibuka di Plaza Low Yat, Bukit Bintang dengan kerjasama Toshiba Singapore Digital Products & Service Group (DS) membabitkan pelaburan kira-kira RM200,000.


Pengurus Besar Bahagian Komputer Peribadi TDSB, Roy C K Hew berkata, kedai konsep itu menjual rangkaian lengkap komputer peribadi (PC), komputer riba dan aksesori berkaitan seperti projektor, pemacu keras mudah alih, perakam Camileo, tetikus dan papan kekunci.

Katanya, pada masa sama, pihaknya melancarkan pusat servis lengkap di tingkat empat pusat beli-belah itu bagi kemudahan pelanggan membaiki komputer yang rosak membabitkan pelbagai model notebook termasuk model premium seperti rangkaian komputer Ultrabooks, Qosmio dan Portege.


“Ketika ini, kami mempunyai dua kedai konsep di Johor dan kami akan berbincang dengan pemilik kedai berkenaan untuk tujuan pengubahsuaian mengikut standard kedai konsep dipraktikkan di negara Asia lain.


“Walaupun tidak mahu menetapkan sasaran jualan, kami mahu terus mempertahankan kedudukan di tempat ketiga dari segi jualan tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian kedai konsep Toshiba di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Penolong Pengurus Bahagian Pengedaran Asia Tenggara dan Selatan, Toshiba Singapore Pte Ltd, Evelyn Lim berkata, pihaknya sudah membuka beberapa kedai konsep Toshiba di beberapa negara Asean seperti Thailand, Singapura, Filipina dan Kemboja.


Katanya, pemilihan kedai konsep itu dilakukan dengan kerjasama pengedar atau pemilik kedai berkenaan dalam usaha meningkatkan jualan dan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: