Wednesday, June 6, 2012

KRU Kembali Menyanyi, Beraksi Di Pentas

KRU kembali beraksi di pentas selepas mengumumkan untuk bersara dari dunia nyanyian tahun lalu.

CYBERJAYA: Selepas membuat keputusan untuk “bersara” sebagai penyanyi serta berkasi lincah di pentas kerana ingin memberi laluan kepada muka baru, trio adik beradik KRU akan membuat kemunculan khas sempena 20 tahun penglibatan mereka dalam dunia hiburan.

Norman berkata, persetujuan itu dibuat selepas adiknya, Edry Abdul Halim memujuk untuk kembali ke pentas demi peminat mereka.

"Saya pada awalnya tidak berapa yakin kerana dah lama tidak membuat persembahan tetapi Edry paling beria-ria dengan majlis itu dan akhirnya akur dengan permintaannya. Yusry juga bersetuju," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Norman, mereka bakal mempersembahkan empat buah lagu selain menyelitkan beberapa medley khas buat peminat.

"Lagu-lagu popular kami akan dipersembahkan pada malam itu dan berharap ia akan menggembirakan dan dapat mengubat rindu mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, Norman berkata, persembahan itu nanti tidak bermakna mereka akan kembali ke dunia nyanyian seperti sebelumnya.

Sebaliknya, ia adalah sebagai salah satu cara untuk menghargai peminat sempena majlis ulang tahun itu nanti.

"Mungkin selepas ini kalau nak tengok KRU menyanyi kena tunggu sambutan ulang tahun," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Norman berkata, majlis yang bakal diadakan pada 10 Jun ini bertempat di Orange Club, Kuala Lumpur turut menghimpunkan barisan artis dibawah naungan label KRU dan yang pernah bekerjasama dengan mereka selain aktiviti menarik buat peminat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: