PERKEMBANGAN fesyen dan trend tas tangan berjenama yang dijual melalui laman sesawang pada masa kini mampu menarik perhatian kebanyakan wanita berkerjaya.
Menyedari hakikat itu, pemilik juwita-handbags.blogspot.com, Monizai Mohamed mula berjinak-jinak dengan penjualan tas tangan berjenama menerusi atas talian (online) berbanding sebelum ini hanya menjual pakaian wanita dan tudung.
Melihatkan perkembangan perniagaan atas talian semakin mendapat sambutan, Monizai tekad berhenti kerja dan menguruskan urus niaga online itu sepenuh masa pada 2008.
Tanpa mengeluarkan sebarang modal, beliau membangunkan blog diguna pakai, pelbagai corak dan reka bentuk tas tangan yang dilengkapi dengan imej, harga dan warna barangan.
Dengan hanya melayari blog tersebut, pelanggan berpeluang mendapatkan tas tangan dan dompet berjenama dan berkualiti dengan harga serendah RM100 hingga RM1,000.
Pelanggan dari serata dunia Monizai berkata, walaupun baru empat tahun menceburkan diri dengan perniagaan online, kebanyakan pelanggannya adalah di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Menurutnya, selain itu, kelainan diketengahkan mampu menarik perhatian pelanggan di beberapa negara dan mendapat tempahan dari Amerika, Australia, Kanada, Brunei dan Filipina sejak tahun lalu.
“Penawaran harga berpatutan dan mampu milik serta reka bentuk yang ringkas menjadi salah satu daya tarikan bagi produk Juwita. Penglibatan kebanyakan individu dalam perniagaan online, tidak pernah mematahkan semangat kerana telah mempunyai pelanggan tetap yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa jualan saya,” katanya kepada Sinar Harian.
Pernah ditipu
Katanya, perniagaan online adalah berasaskan kepercayaan antara peniaga dan pelanggan kerana saling tidak mengenali.
“Tidak dinafikan sistem perniagaan begini mudah terjebak dengan kes penipuan, saya sendiri pernah mengalami pelanggan menipu mengenai bayaran dan batalkan tempahan di saat akhir.
“Apabila situasi tersebut melanda diri, saya hanya akan berfikiran positif dan lebih bersikap berhati-hati pada masa akan datang,” katanya.
Mozaini berkata, bagi mengatasi masalah tersebut berulang, dia akan memastikan pelanggan menjelaskan bayaran penuh dan sertakan bukti pembayaran sebelum proses penghantaran.
Jaminan bergantung budi bicara
Menurutnya, penghantaran dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan ejen penghantaran Pos Laju dan Skynet kepada pelanggan di seluruh Malaysia termasuk Sabah serta Sarawak.
Katanya, tiada sebarang caj tambahan dikenakan kepada pelanggan dan harga bagi sesuatu produk itu adalah seperti mana yang dipaparkan pada blog tersebut.
“Saya akan memastikan barang berada dalam keadaan baik sebelum ia dibungkus. Jarang sekali berlaku kejadian pelanggan menerima barangan rosak. Bagaimanapun, jaminan sesuatu
barang bergantung pada budi bicara.
"Saya akan menilai kerosakan barang dan sekiranya didapati rosak sejurus pelanggan terima maka penggantian akan dilakukan,” katanya.
Wednesday, June 6, 2012
Juwita-Handbags penuh citarasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: