IBU mengandung buat persembahan flash mob (tarian spontan beramai-ramai)? Pasti ada yang menggeleng kepala kerana tidak percaya. Hakikatnya ia memang berlaku di dua pusat membeli belah terkenal Bangsar Village 1 dan Tropicana City Mall, di Kuala Lumpur baru-baru ini
Malah persembahan flash mob ini juga merupakan yang julung kali diadakan oleh ibu-ibu hamil tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama.
Para pengunjung dan pelanggan yang datang ke pusat beli-belah tersebut terpegun melihat para ibu yang cantik, sporting dan berani melakukan cabaran rutin flash mob dengan yakin di hadapan khalayak ramai.
Ini semua dilakukan bersempena kempen terbaru Drypers untuk meraikan ketibaan 'ahli baru keluarga'.
Selain itu flash mob ini juga salah satu medium bagi mereka menzahirkan perasaan teruja kerana bakal bergelar ibu.
Pengurus Pemasaran Kanan SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd., Evelyn Chan, berkata, kempen ini sebagai simbolik bahawa ibu mengandung malah hingga mereka melahirkan tetap menjadi ibu yang aktif kerana adanya bantuan lampin bayi yang baik.
"Kami sedar bahawa para wanita kini meraikan kehamilan mereka, tidak seperti dahulu.
"Sikap ibu-ibu hamil kini ceria dan penuh optimistik serta bangga dengan perubahan tubuh mereka.
"Pertunjukan flash mob oleh wanita-wanita hamil yang ranggi adalah platform yang kami beri kepada pelanggan untuk melaksanakan aktiviti pertama bersama bayi mereka sebelum si manja dilahirkan lagi.
"Ini juga sebagai satu saranan untuk menggalakkan para ibu kekal aktif, sebelum mahupun selepas bersalin," ujar Evelyn.
Dengan inovasi baharu dan selaras dengan hasrat jenama iaitu Memberi Penjagaan Sepenuhnya, Drypers menyasar untuk berhubung, melibatkan diri dan memberi inspirasi kepada ibu bapa dalam pelbagai cara yang bukan hanya terhad kepada lampin sahaja.
"Untuk melihat versi penuh flash mob Drypers Caring Completely, layari laman web kami di DRYPERS Facebook dan jadilah ahli Facebook Drypers Malaysia untuk mengetahui lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik dan menyeronokkan yang dianjurkan khusus untuk anda," kata Evelyn lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: