REMBAU – Seorang duda nekad membuat laporan polis bagi menuntut ganti rugi terhadap seorang gadis dikenali Fidah berusia 16 tahun setelah menyedari dirinya ditipu dengan janji-janji manis gadis berkenaan yang mahu mengahwininya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).
Setelah membujang kira-kira 29 tahun, duda berkenaan, Mohd Adnan Hamid, 60, dari Kampung Rendah, di sini, akhirnya terpaut hati kepada gadis yang dikenali Februari lalu di sebuah kedai makan di pekan berkenaan sebagai pekerja kedai makan.
Menurutnya, dia seolah-olah berasa bertanggungjawab untuk membantu gadis berkenaan dan atas dasar itu, dia menghulurkan bantuan kewangan kepada gadis berkenaan setiap bulan bermula Februari lalu.
“Malah, apa sahaja yang diingini Fidah saya berikan tetapi dari tempoh perkenalan kami, dia memberikan maklum balas baik termasuk berjanji mahu mengahwini saya melalui jawapannya dihantar melalui SMS dan saya sanggup menunggunya menamatkan alam persekolahan.
“Bahkan, sepanjang tempoh perkenalan ini iaitu dari awal Februari hingga ke tarikh saya mengetahui dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain iaitu 14 Jun lalu, saya sudah berbelanja kira-kira RM6,000 untuknya termasuk set katil bernilai RM1,700 yang dibeli Mei lalu, belanja buku sekolah, perbelanjaan ke Kedah, dua buah telefon bimbit dan lain-lain lagi,” katanya.
Adnan berkata, dia pada mulanya menyedari perbezaan umur yang terlalu jauh dengan Fidah dan dia dipanggil sebagai ‘atok’ oleh Fidah, namun dia tidak menyangka Fidah memberikan persetujuan berkahwin dengannya.
Menurutnya, dari awal perkenalan, dia melihat Fidah sememangnya memerlukan bantuan kewangan kerana terpaksa bekerja bagi memenuhi keperluan perbelanjaan.
“Namun, pada Mei lalu baru saya yakin 100 peratus perasaan saya terhadap Fidah dan bertanyakan melalui kiriman SMS, Fidah menyatakan persetujuan. Jika dari awal Fidah tidak memberikan janji-janji manis seperti ini, saya tentu tidak akan tertipu dan membantu sekadar yang berpatutan sahaja terutamanya dalam hal perbelanjaan persekolahannya.
“Oleh itu, saya berasa sangat tertipu dan nekad membuat tuntutan ganti rugi serta janji yang diberikan Fidah. Sekiranya Fidah gagal berbuat demikian, saya tidak teragak-agak membuat satu lagi laporan polis berhubung kes penipuan dan membawa kes ini ke mahkamah serta membuat saman malu,” katanya.
Katanya, dia juga kecewa kerana setelah ditipu, dia dihina dengan kata-kata menyakitkan dan tidak munasabah hingga menjatuhkan maruahnya sendiri, menyebabkan dia buat laporan polis di Balai Polis Chembong.
Wednesday, June 20, 2012
Duda diperdaya gadis sunti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: