CT Nur Nilam FC juara kategori bawah 12 tahun
Juara Bawah 16 Tahun, RSP Olimpik Muda layak ke Grand Final.
CT Nur Nilam FC juara kategori bawah 12 tahun
Rozitah (tengah) bersama pemain CT Nur Nilam FC A dan PDO Kids A yang layak ke Grand Final.

CT NUR NILAM FC dari Akademi Bola Sepak Kuala Lumpur berjaya muncul juara Kategori Bawah 12 tahun selepas menewaskan PDO Kids A dari Johor saingan Siri Ke-10 Karnival Futsal Milo Hidup Bola di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Namun, sebelum dinobat juara, CT Nur Nilam FC terpaksa bekerja keras sebelum menang tipis 1-0 ke atas PDO Kids A.

Sementara itu, kategori bawah 16 tahun dimiliki pasukan Remaja Semangat Pejuang (RSP) Olimpik Muda selepas menundukkan Nilan Sari menerusi penentuan penalti selepas seri 2-2.

Kejayaan ke final menyaksikan, keempatempat pasukan layak ke Grand Final di Sports Planet Ampang pada 16 September ini.

Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang, Pengarah Urusan,Alam Megah Sports Arena, Rozitah Mohd Dom.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Sukan Nestle, Ng Ping Loong menyifatkan karnival ini semakin mendapat sambutan positif dari pasukan.

Menurutnya, karnival seperti ini nyata mampu membangunkan futsal di negara ini khususnya di peringkat akar umbi.

“Ini secara tidak langsung membantu pembangunan sukan futsal di negara ini.

“Pihak kami gembira dengan sokongan yang diberikan oleh Bahagian Rakan Muda Kementerian dan Sukan sejak bermula edisi pertama karnival ini pada 2006,” katanya.