SEMENYIH - Majlis Kemuncak Bulan Pengguna Kebangsaan 2012 yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu di pekarangan pasar raya besar Tesco di sini mencapai objektif untuk menyalurkan mesej kepenggunaan kepada orang ramai apabila menerima lebih 25,000 orang pengunjung.
Jumlah pengunjung tersebut melebihi sasaran yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebelum ini iaitu seramai 20,000 orang pengunjung.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kehadiran pengunjung yang ramai pada majlis tersebut menunjukkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan mendapatkan maklumat mengenai hak pengguna semakin meningkat.
"Majlis tersebut yang berdasarkan slogan 'Hak Pengguna Tanggungjawab Anda' ini membawa mesej untuk memperkasakan pengguna dengan cara meningkatkan kesedaran mereka terhadap hak dan mengaplikasinya dalam bentuk tanggungjawab," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: